1826 Locust Street, Bainbridge, GA 31717 +1 (212) 269-1000 info@yayasanth.com

Program Santai Teh Tarik Session (TTS) mempunyai lima (5) siri yang dilaksanakan secara online bersama pelajar SBKYTH dan pihak pengurusan YTH. Program TTS adalah merupakan satu anisiatif pengurusan YTH untuk mendapatkan maklumat terkini para pelajar berikutan dengan keadaan negara dalam menghadapi pandemik wabak COVID-19 yang hampir setahun dihadapi.

Disebabkan tiada sebarang program secara fizikal yang boleh dijalankan, TTS adalah merupakan salah satu cara untuk mendekati para pelajar sekaligus dapat mengeratkan hubungan penaja dan pelajar.

TTS bukan hanya sekadar program sembang santai, malahan ianya lebih kepada diskusi berbentuk ilmiah yang santai dan bermanfaat.

Sesi ini terbahagi kepada beberapa slot antaranya perkongsian daripada para pelajar mengenai situasi dan keadaan belajar semasa dalam tempoh COVID-19 sama ada belajar di rumah, universiti mahupun bersama keluarga, keadaan kesihatan diri, gangguan dan cabaran yang dihadapi semasa belajar secara online dan beberapa isu-isu lain yang berbangkit.

Lihat lagi beberapa keping gambar TTS yang lain pada gallery.

Sumbangan berbentuk kewangan dan barangan keperluan harian kepada pelajar dan keluarga yang terjejas.

Program Motivasi dan Pembangunan Kendiri yang julung kalinya telah diadakan buat pelajar Tajaan SBK YTH yang diadakan pada 28 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020 (3 hari 2 malam) bertempat di Kingfisher Adventures Eco Resort, Hulu Langat. Program ini bertemakan “Eratkan Ukhwah, Jalinkan Kemesraan Bagi Pembentukan Pelajar Berkualiti”.

Program yang dijalankan mengikut format kursus selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pelajar dan YTH selaku penaja pengajian pelajar dan dalam masa yang sama untuk memberikan motivasi serta meningkatkan semangat pelajar yang dalam sedang menempuh alam pembelajaran di Menara Gading.

Selain itu, objektif program ini juga adalah untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin dari kalangan pelajar yang mempunyai kesedaran dan semangat kendiri yang tinggi serta berinovasi untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pembangunan negara secara lebih menyeluruh. Di samping itu, konsep jatidiri dalam membina minda dan kompetensi cemerlang di kalangan para pelajar ini akan diterapkan dalam modul-modul tertentu bagi memastikan kesinambungan generasi Profesional Mukmin masa akan datang.

Other Links

Contact Info

Address:
Level 17, Menara TH Tun Razak, Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Phone:
03-2054 2000 (ext. 2354/3299/2396)

Email:
info@yayasanth.com.my

Disclaimer: Yayasan Tabung Haji shall not be liable for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website. All information is true and accurate at the time of publication and subject to change from time to time.

Recommended desktop browsers : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+ This site is mobile and desktop friendly. For the best desktop experience, we recommend a screen resolution of 1366x768.