1826 Locust Street, Bainbridge, GA 31717 +1 (212) 269-1000 info@yayasanth.com

Beseri Perlis, 13 November 2018 – Yayasan TH hari ini mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM96 ribu kepada 192 orang pelajar dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Progam Iqra’ 2018 Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri Perlis.

Para pelajar dari 20 buah sekolah terpilih di sekitar negeri ini menerima sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang, berupa kelengkapan sekolah bernilai RM200 dan wang tunai berjumlah RM300. Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Zahir bin Hussin@Yusof Pengarah TH Negeri Perlis.

Pengagihan sumbangan zakat di bawah Program Iqra’ ini bertujuan membolehkan pelajar asnaf dan kurang berkemampuan membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan 2019. Sumbangan ini juga sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada para pelajar agar lebih berdaya maju dan cemerlang dalam pelajaran, seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masing-masing.

Program Iqra’ yang dilaksanakan dalam bulan November ini mengunjurkan pengagihan zakat berjumlah RM3.64 juta kepada 7,280 pelajar sekolah rendah di seluruh negara.

Other Links

Contact Info

Address:
Level 17, Menara TH Tun Razak, Lembaga Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur

Phone:
03-2054 2000 (ext. 2354/3299/2396)

Email:
info@yayasanth.com.my

Disclaimer: Yayasan Tabung Haji shall not be liable for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website. All information is true and accurate at the time of publication and subject to change from time to time.

Recommended desktop browsers : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+ This site is mobile and desktop friendly. For the best desktop experience, we recommend a screen resolution of 1366x768.